Tika aku di sini

Tika aku di sini
Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melagu pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…

Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..

Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…

Bisikan rasa..

Bila hati menyentuh rasa yang sama, jiwa melahirkan perasaan yang indah.. Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza.. Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu.. Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka.. tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...

Tuesday, March 13, 2007

baca...fahami...hayati...

emmm..ye la..awak cakap ja...bila datang sket ujian awak lari dari saya...awak jauh dari saya...awak tak peduli saya...dimana awak..?saya tercari2 ternanti...tapi awak tak kunjung tiba...rajuk..menjauh...menyepi...pada saya awak ada dimana...di ranting di dahan di lembah di padang ....saya pada awak...?tak de..?kalau awak ingat saya...awak tak menjauh dari saya...
awak..


saya tak minta apa2 dari awak...cuma jika awak blh seketika dok fahami..kalau awak tak sanggup jadi saya pun tak pa...tak yah.cuma fahami seketika....tapi kalau awak tak punya masa untuk memahaminya pun tak pe..saya tak marah.
jgnla sekejap awak mcm ni..sekejap awak ok..sekejap lagi awak sepi.saya malu je.walau awak kata,awak la tongkat saya..awak la bahu saya...tapi tak..ada tika awak biar saya sendiri...saya tercari mana tongkat saya...?mana bahu saya yang menopang..?mana...?mana..?
tah la wak..

saya tak tau kata apa...satu hari ni sekali pun awak tk sudi msg saya kan...?kenapa..?apa salah saya..?slalu hadir je bertanya khabar berita...?awak banyak benda dalam hidup ni blh menggembirakan kita...kehadiran seorang sahabat...yang memberi telinga utk mendengar...memberi bibir untuk saya tersenyum.....walau awak dimana2 saya rasa awak ada...ada je..tak pernah menjauh...kemana2...awak tak pernah tinggal..walau awak marah saya...walau awak rajuk dari saya..walau awak sepi dari saya...itulah keistimewaannya...tapi awak tak pernah tau kan..?awak tak pernah percaya kan..?

yang slalu awak kata...awak bukan siapa2...awak menumpang cuma...awak kata saya tak pernah ingat awak...awak kata awak malu cuma awak je teringat2..dan mcm2 lagi...bahagia la dgn hana...bla..bla...awak..awak dgn cara awak.....tiap manusia itu berbeza2...kita takkan dapat semua kebahagiaan/ketenangan dengan setiap seorang.sebab masing2 ada cara dia..kalau mcm tu takkan lahir pepatah 'rambut sama hitam,hati lain2'...apa maksud dia..?so..awak lain..dan orang lain lain.takkan sama.never!kalau ada persamaan pun sedikit not overall.

saya sakit hati bila awak cakap2 mcmtu..bukan sakit hati marah.bukan sakit hati benci.tapi sakit hati terasa.sebab awak tak pernah percaya saya.awak...kalau awak nak tau...saya ni jenis yang susah orang nak approach.bukan saya sombong tak.saya dgn hal saya.saya pun tak pandai nak ngorat2 orang.bila saya percaya awak..bila saya beri awak gambar saya..bermakna awak sebagian dari diri saya.saya susah nak percaya org.tapi bila saya beri kepercayaan sampai bila2 tapi sekali saya hilang kepercayaan.no more.

saya kuar dulu..sunyi arini tanpa satupun msg dari awak.awak tima kasih.tima kasih.walau awak mcm chipsmore..kadang ada slalu...kadang kejap2...kadang tak de lansung...tima kasih kerana sudi hadir mewarnai kanvas kehidupan saya...walau corak yang dilakar berbeza2...tetap bermakna buat diri saya.indah lakarannya...agung pemilikannya.saya terima ja...selain tu apa yang boleh saya buat..?perlukah saya menangisi nasib suratan takdir..?awak takkan pernah tau..awak takkan pernah dengar..tak pe wak..saya masih terus hidup je..walau luka..walau bahagia..walau ria...

salam dari kejauhan.



Assalamualaikummmm.
sayang...sayang..sayang..
***Aku ada untuk kamu...aku akan pergi tika kamu tidak mahu...aku akan menyayangi kamu di mana saja kamu...kerana aku ada di dalam hatimu. Senyumlah..kerana pertemuan yang lalu.


nov 27 2006

Aku..

yang kuhitung ialah sepiku
yang kuhitung ialah mimpiku
yang kuhitung ialah resahku
yang kuhitung ialah raguku

akan kuhitung setiamu
akan kuhitung janjimu
akan kuhimpun masa silamku
akan kuhimpun kenang-kenanganku

semuanya sirna
dihakis waktu.

Hidup adalah perjuangan.
Sekali ombak naik, sekali ombak turun,
kadang-kadang kita memukul dan kadang-kadang
kita pula terpukul. Aku perlu berani mengharungi lautan,
walau beratus kali aku kan karam.


nov 30 2006
Untuk Mu……

CINTA itu aneh, indah dan manis. Cinta juga membuat hidup penuh bermakna. Memberi kebebasan-

Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya, namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan, kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.


assalamualaikum wbt...

apa kahabar dirimu pagi ni..?maaf abang ke tempat meeting tadi tak dapat nak sent msg.tak de nak marah pape.cuma hp ni buat hal.nak call out tak boleh.sent msg pun tak boleh.entahlah rasanya dia da terkena virus tu.sebab kalau skrin biasa dia akan nampak mcm butterfly 1 hingga 5 seolah ada msg tapi bila kita buka tak de pape msg.geram memang la geram.abang amik masa lunch ni sekejap untuk write msg ni.boss tak ada dalam meeting arini.smalam dia ada.arini dia tak dapat ada boss dari us turun.diaorang sume pegi lunch.amik mkn buah dengan desert je tadi terus masuk semula ke bilik untuk write email ni.


dec 7 2006
assalamulaikum wbt..
awakkkkkkkkk....apa khabar...?sihat ka...?harapnya gitulah.sy biasa je.



wsm

terima kasih kerana awak masih ingat kat saya kawan lama awak
ingatkan dah ada yg baru
awak dah lupa kat kita
hp dah hilang lagi ke
xjwb msg i
atau.....



hehehehe...awak bukan hp hilang lagi...tapi kali ni jemari yang hilang...mlm tadi ngantuk sangat..tak boleh nak buka mata.siang seharian meeting.ingat pagi ni nak bls msg awak..hp buat hal lagi.ke cellcom buat hal.tak boleh sent msg.apapun saya harap awak sihat.camana keje ok?

ndec 7 2006
Duhai Bulan, malam ini aku kesepian lagi…. hati ini terus sayu mengingatimu…. apakah kau yang jauh disana, kesepian seperti aku…?

Ah! tentu tidak… kerana kau diatas sana sentiasa dikelilingi bintang-bintang yang sentiasa berkerlipan menerangi suram malammu.... dan aku disini hanyalah sang punggur yang menunggu saat untuk rebah ke bumi….

dec 9 2006

Kasih...

Kasih itu Cinta
Kasih itu Sabar
Kasih itu Murah Hati
Kasih itu Tidak Megahkan Diri
Kasih itu Tidak Berkesudahan
Kasih itu Suci

KASIH…..membuat kehidupan kita Indah, Ceria, Tawar, Hambar dan Pudar…. Kemahuan itu tidak dapat dibendung, keinginan itu tidak pantas dipujuk. Mulut mudah berkata tapi hati naluri payah menerima. Orang hanya tahu memujuk untuk mententeramkan kita tapi orang tidak tahu perasaan sebenar kita. Hanya orang yang mengalami yang mengerti.
Tapi hidup memang untuk orang lain. Kalau tidak dapat menghiburkan hati sendiri, sekurang-kurangnya dapat menghiburkan hati orang lain.

Ibarat memandang bulan, terlupa cahaya pelita di kamar. Seperti mahu berumah tanpa dinding, beratap langit….seperti mahu menghirup embun dan melupakan air di kali…..kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha….? Sedang ia tetap kan pergi jua…..


dec 9 2006
Sekiranya ada rindu
masih lagi diriku memerlukannya
seperti malam merindukan bulan
Dan seperti siang tanpa cahayamu
assamualaikum n gmorning

ari ini satu kejutan jugak
xsangka u ada blog lain untuk menyimpan nukilan u
tahniah....
cuma??????????
siapa daddy siapa mummy dan siapa sicomel tu
blh story kan!
dannnnnnnnnn siapa sebenarnya nzh?



waalaikumussalam wbt..
siapa si comel...?kat mana u tengok...yang setau i...i la yang comel..hehehehe..sihat ka wak...sblm tido tak msg pun...?kalo tak le kongsi selimut...heheheh



gambar baby kat blog u
dan perkataan mummy, daddy
anak u ke?
cerita lah....
apa sebenarnya disebalik tabir kehidupan u
teringin nak tau
nanti mlm kita kongsi bantal kalu u citer... janji...



kongsi bantal ke kongsi .....hehehehe
kat blog tu kan memang ada word mummy daddy..
lama da tu...bulan dulu yang tinggalkan sang bayu...heheheh..
anak mana...?cuba ckp sket..mana ada..kat mana u tengok?


dec 12 2006
sayang...dah 2 hari langit menangis subuh hari sampaila ke malam...emmm...masa tu la rasa nak tarik2 selimut lagi kan...

anak itik dalam kolam..
dalam kolam ada berudu
daddy nak sampaikan salam
salam rindu mummy selalu.
Assalamualaikum wbt..

Kepangkuan yang diingati selalu... daddy yg chukkk ashammmm..lagi anje.
Bab yg terakhir tu memang tak dapat dinafikan... yg amat anje nya...
majok pun tuat... macam budak2...hehehehe daddy tumbuh tanduk dah ke?
hehehehe...daddy tak tumbuh tanduk...


Hmmmm... lama nya tak berbicara dialam cyber ni... menerusi email. Rindu untuk menerima berita dari ....... Apakah dia masih ? Hehehehe hanya tuan empunya badan yang tahu kan...
Kita ni sapa kan....


Ok la...Mummy pun tak tau nak coretkan apa2... Hari ni first day sekolah... BUSY GODZILLA! Sampai aje kat sekolah... parents punya la ramai... Isk..Isk.... rasa kelam kabut la plaknya... Sampaikan rasa nak makan tu tiada... My just minum air. Tghari baru ada selera nak makan... Selepas selesai kutip yuran sekolah la....


Bagaimana dgn daddy? Sibuk? Pssst... nanti mummy nak diary tau... ala yg lama pun tak apa. Kalau ada kalendar lagi bagus...

wokey...tak dapat yang baru dd bagi yang lama.yang lama punya dia tak kira stock lagi dah.

Ok la.. take care tau..
my pun same...jaga diri.....hehehehe...huhuhuhu....