Tiada suatu kegembiraan pun yang engkau rasakanbersifat kekal dan tiada gunanya bersedih hatikerana ia tidak akan mengembalikanorang yang tiada kepadamuSebahagian dari apa yang dikatakan Dale Carnegie, sebagai ganti dari iman terhadap qadha dan qadar adalah, bahawa seseorang sepatutnya berkata kepada orang-orang yang ditimpa musibah agar menghimpun semua tenaganya untuk menghadapi segala bencana, sebagaimana sikap sekumpulan kerbau dan batang kurma bila terluka. Kaedah yang disarankan oleh Dale Carnegie dapat dimaafkan apabila mengingatkan dia belum mengenal cara perubatan yang ada pada kita.
Suatu hari aku bersikap menolak untuk menerima urusan yang seharusnya aku hadapi. Aku merasa sangat bodoh. Akhirnya aku pun memberontak, membantah, marah dan mengubah malam-malam hariku menjadi sengsara yang membuatku susah tidur. Setelah mengalami penyeksaan psikologi, akhirnya aku menuruti kemahuan yang pasti itu, yang sejak awal aku tahu bahawa hal itu tidak boleh berubah. Kemudian aku mengingat apa yang telah dikatakan oleh seorang penyair:
Alangkah indahnya bila kuhadapikegelapan, hujan, kelaparan,segala macam musibah,kedukaan, cacian dan teguransebagaimana yang dihadapi oleh haiwandan sebagaimana yang dihadapioleh batang-batang pohonSesungguhnya aku pernah menghabiskan dua belas tahun umurku bersama haiwan ternakan. Aku tidak melihat seekor lembu betina yang kesusahan atau bersedih kerana padang rumput terbakar atau kering kerana sedikit hujan. Aku juga tidak pernah melihat ada sapi betina yang bersedih kerana ditinggalkan oleh sapi jantannya yang merayu sapi betina yang lain. Sesungguhnya haiwan menghadapi kegelapan, bencana, angin taufan dan kelaparan dengan tenang dan sabar. Oleh kerana itulah, jarang haiwan yang mengalami tekanan mental atau menderita pelbagai penyakit.
Aku..?sedihkah aku ditinggalkan...?kompang dihati berpalu sendiri...