Tika aku di sini
Bisikan ombak..
Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…
Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..
Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…
Bisikan rasa..
Bila hati menyentuh rasa yang sama,
jiwa melahirkan perasaan yang indah..
Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza..
Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu..
Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca
walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…
Bisikan perindu...
Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.
Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...
Saturday, March 17, 2007
Sayang menguntum kasih, kasih membuka harapan, harapan memberi kekuatan, kekuatan tuk hidup, hidup untuk beribadat. Allah sisipkan rindu,kasih, dan cintaku hanya padaMu,kurniakan aku kekuatan tuk menempuh segala cubaan di duniaMu, peliharalah kami agar sentiasa di dalam ketakwaan...amin
Gelap malam berhikmah jua, cerah siang membuka mata, merah senja buat kita berjaga-jaga, rahmat alam pabila hujannya, langit mendung bukan salah sesiapa, syukurlah kita kerana kita masih bernyawa dan punya segala, alhamdulillah...
Saat engkau sedari,tiada erti hidup ini, usah kau ragukan, ku ada di sini..
bicara insan biasa...sekadar membaca dan mencoret luahan hati mereka...em..ye...
Pabila fajar menyinsing kutunggu kamu, pabila dhuha hadir ku doakan kamu, pabila zhohor menyinggahi ku menantimu, pabila asar menyusuri ku mengenangimu, pabila senja berlabuh aku meredhaimu, pabila malam menyapa ku khabarkan padanya aku jua tidak ke mana, setia di pinggiran sana. Lalu cahaya rembulan syahdu menyinari wajah kasihku bercahaya...di mata dan di hati kita bersama.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment