Tika aku di sini

Tika aku di sini
Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melagu pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…

Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..

Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…

Bisikan rasa..

Bila hati menyentuh rasa yang sama, jiwa melahirkan perasaan yang indah.. Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza.. Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu.. Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka.. tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...

Tuesday, March 13, 2007

Assalamualaikum wbt.
salam bahagia selalu..moga sihat dan rahmat Allah selalu

Sayangku...
sedih gak dengak lagu ni ...mengalir air mata saya..
lagu ni di tujukan kepada siapa.? adakah untuk sidia...
tak apa la..siapa-siapa aja..ya.


Kenangan lalu tu indah..dan keindahan itu adalah kebahagiaan..tak salah untuk diingati kerana ia adalah bahagia yang masih tinggal ..tetap ia di lipatan hati masing-masing.Ya..walau bagaimanapun syukur jua..masih ada sekelumit bahagia untuk saya rasa ...bersama awak..Usah bersedih di hari raya...

bersyukurlah... kita masih lagi dipanjang umur, dan kita masih bernafas di hari raya ini,bersyukurlah...jika kita boleh memuja dan memuji Allah di hari raya itu.... lebih baik lagi,bersyukurlah...jika kita kuat untuk melangkah menempuh cubaan di pagi hari raya...

sesungguhnya Allah pandang itu semua..bersyukurlah...jika kita dapat memaafkan orang yang telah menyakiti hati dan menyusahkan kita..itu menghampirkan kepada takwa..

bersyukurlah...jika kita punya hati yang suci dan bersih..sesungguhnya semua itu adalah lebih baik lagi..kerana kita adalah hamba yang daifbersyukurlah...jika kita hati redha menerima apa-apa yang diperduga Allah.

bersyukurlah...jika Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu...bersyukurlah..jika kita berada di dalam rahmat Allah dalam kasih cintaNya...hanya itu yang kita perlukan...redha Allah..keampunan Allah ...dan rahmat Allah di dunia dan akhirat Allah.

bersyukurku..menemui kamu dan membolehku mengenali semua itu..terima kasih kerana sudi bersahabat denganku dan selamanya akan ku ingati kamu..amin.

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATHIN.. walaupun saya jauh tapi hati sy dekat dengan kamu dan kalau boleh nak ambik hati awak letak dalam hati saya...biar ia di situ..hehehehe....em..ye..kan kita boleh sms..

Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku oh...

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

****

waalaikumussalam wbt...
pertama skali...kalau ikut rasa rajuk di hati ni...saya tak menulis email ni...biarla saya cuti dulu sms selagi rajuk ni masih ada...tapi saya tak putuskan hubungan yang telah sedia ada.mungkin bagi awak..awak tak terasa apa yang saya rasa.tapi tak apa lah...hidup ini penanggungan sendiri...
awak kata walau apapun kita tetap bersahabat..rite...?tapi apakah saya ini benar2 sahabat awak...?yang dicubit peha kiri peha kanan terasa...jika awak tangan kanan sayalah tangan kirinya....tentu tidak bukan..?saya bagi contoh..ari tu awak nak delete blog...saya kata JANGAN...tapi awak tak dengar...awak delete jugak kan...?saya sedih...saya tau itu hak awak...kalau awak tak mau dengar ckp saya...why u ask me for permission..?terus aje delete tak payah tanya saya..saya ckp jgn..awak delete jugak.
ok smalam...sy bukan nak salahkan awak...maxis dgn celcom memang bermusuhan...saya bkn nak paksa awak tukar ke celcom..sy bagi advice.kalo awak nak dengar.sampai la ni...tah apa mms yang awak snt pun sy tak dapat.sy tau bkn mudah utk awak tukar no tentu banyak no penting,no kenalan...bila sy bagi cadangan awak tak terima.saya sedih.apapun awak beri saya..saya terima seikhlasnya.tetapi kenapa saya tidak boleh memberi awak..?kenapa..?saya tak layak..?
dalam menjalin persahabatan kita mesti ada give n take...memberi dan menerima...so..saya hanya boleh menerima sahaja...?sedang saya tak boleh memberi..?mcm ni rupanya cara persahabatan ye...?
mungkin cara saya kasar..tak kena dgn budi bicara awak......saya tak dapat nak simpan.saya lebih suka berterus terang...terpulang pada awak..mb cara kita tak sama...atau awak tak boleh terima cara saya...apa saja dan boleh saja..
bagi saya jika seorang kita tersesat arah..tetapi bila berdua kita dapat kekuatan...satu salah yang satu perbetulkan...mcm tu jugak kita bersahabat saling berteguran...saling mengingatkan...awak boleh tegur saya...advice saya...apa saja...tetapi awak...hanyalah awak sendiri-sendiri...?so..hadirnya saya tidak dapat membantu apa-apa pada awak...?
ok la wak..selalu saya marah terasa pun tak lama...walaupun takpujuk saya...awak buatla macam biasa diri awak...tak perlu memaksa diri..atau rasa terpaksa.be yrself.

menyayangi seseorang kerana apa yang ada pada dirinya...bukan menyuruh dia membuat apa yang kita suka.


salam dari saya di kejauhan ini.
Oct 20 2006

****

assalamualaikum...
salam sayang...moga selalu bahagia hndaknya..
sayang...
apa2 yang terasa..bermaaf2an la..hendaknya..
jgn simpan kat hati..nanti sakit hati...hehehe.
nanti kalau ade gambar akan di kirim lagi insyaallah..
moga ukhwah ni panjang..dan abadi...

Oct 30 2006

No comments: