Tika aku di sini
Bisikan ombak..
Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…
Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..
Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…
Bisikan rasa..
Bila hati menyentuh rasa yang sama,
jiwa melahirkan perasaan yang indah..
Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza..
Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu..
Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca
walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…
Bisikan perindu...
Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.
Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...
Tuesday, March 27, 2007
Lama aku berdialog dalam hati sendiri. Mempersembahkan pertanyaan demi pertanyaan dan permohonan demi permohonan kepada Allah Al-Haq. Aku cuba bangun dari sejadah, mengumpul semangat untuk bernafas seperti biasa. Aku gagal! Rasa rindu menguasai akalku. Lalu tanpa rasa putus asa, kugagahkan juga jasadku untuk bangun dan menuju ke pintu. Membuka pintu perlahan-lahan dan melabuhkan duduk ke kerusi yang terletak di beranda. Menyandarkan belakang ke kerusi, aku mendongak ke langit. Air mataku kembali bercucuran di pipi.
Aku cuba merapatkan kelopak mataku dan membukanya kembali. Berharap air jernih yang bertakung di kelopaknya akan jatuh dan aku mampu membiarkan cahaya purnama menerobos masuk ke dalam anak mataku. Namun air yang bergenang itu tidak mahu surut. Bertakung, menitis dan mengalir lagi sehingga semuanya kelihatan kabus di pandangan.
Sering kali aku berkata pada diri, tidak ada lagi yang menghargai diri ini. Tidak ada lagi yang menyayangi. Tidak ada lagi yang mahu menyingkap gelodak rasa yang membantai dada. Siapalah aku untuk dihargai, disayangi dan diambil hati. Yang mahu jadi sangga pada kecondongan ku. Kalau ada pun, tak mungkin hati dan diri ini mahu difahami.
Kusebut namanya dengan nada suara yang lahir dari hatiku yang paling dalam. Semakin aku berjuang untuk membuangnya, semakin aku gagal. Jadi biarlah kuikutkan kata hati ini. Menyebut namanya bertalu-talu. Hingga akhirnya tangisan lukaku berhenti dengan sendiri. Sesegar angin di sepertiga malam itu menyusup masuk ke liang romaku…..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment