Tika aku di sini
Bisikan ombak..
Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…
Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..
Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…
Bisikan rasa..
Bila hati menyentuh rasa yang sama,
jiwa melahirkan perasaan yang indah..
Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza..
Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu..
Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca
walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…
Bisikan perindu...
Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.
Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...
Tuesday, March 13, 2007
Bicara Salah Sejahtera....Moga Sejahtera Selamanya...
salam ramadhan al mubarak buat sahabatku yang baik.maafkan segala kesalahan hamba..sebelum kita masuk ke dalam ramadhan yang penuh barkah....moga Allah memberi kekuatan dan kenikmatan kepada kita untuk beramal soleh. "rindu mengajakku mengenangmu...rindu mengajarku menulis, rindu mengajakku menghubungkan silatulrahim...kau yang pernah menghantar salam,kau yang pernah ku rindu,kau yang pernah menghantar doa buatku,selamanya akan ku ingati kamu dalam restu,meski hari ini atau esok...walau siapapun kamu.
semoga ukhwah ini abadi kerana Allah jua.selamanya akan di sana"
amin ya rabbal alamin.
ini rentetan bicara buat kenangan..
MARHABAN YA RAMADHAN ...
S- salam rindu sayangku,
A- aku hanya seorang hamba biasa,
L- lenangan airmata ini menyaksikan kebesaran Allah,
A- antara relong masa kutinggalkan sia-sia,
M- membimbit segala kesibukanku dan dosa.
R- Rindu padamu umpama bara,
A- adalah getaran cinta dalam jiwa,
M- menghangatkan menyilu rasa,
A- alirkan salju memutih membeku,
D- dalam maghfirah munajat dalammu
H- hanya Dialah Allah yang Maha tahu,
A- aku merindu dan menantimu,
N- nun setulus hatiku ingin bersamamu.
A- Alhamdulillah, Allah memanjangkan usia kita,
L- lantas kita berjumpa lagi di dalam cinta.
M- Menantimu tiada kepenatan padaku,
U- ungkapan suci ku laungkan buatmu,
B- bersama kilauan berkaca di pelupuk mataku,
A- alangkah indah mengulit malammu,
R- rindu mendakapi kasih dan cinta,
A- alangkah bertuah hamba yang hidup
K- kasih kekasih dalam restuNya.
wassalam....
Kau Hadir Lagi,
ramadhan yang ku nanti
Sayangku...
dalam rintih rinduku,
dalam kasih sayang mu,
dalam anugerah cintamu,
hadirlah dalam sayuku,
himpunkan dalam piluku
berpadu dalam mesramu,
tawadduk dan khusyuk.
dalam dakapan rinduku,
seorang hamba..pemalu.
Kau hadir lagi,
membawaku berkah,
membawaku rahmah,
membawaku maghfirah,
dalam hari-harimu,
dalam jam-jammu,
dalam malam-malammu,
penuh segala kemuliaan
penuh dengan keutamaan,
yang telah Allah janjikan.
Kau yang ku nanti...
dambakanmu tulus kasih,
serahkan hati tulus bersih,
menitipku sebagai tamu,
nafasku menjadi tasbih,
tidurku menjadi ibadah,
amal dan doa diijabah,
izinkanku dakapi malammu,
untuk rukuq dan sujud,
membaca menghayati wahyu.
Kau yang ku tunggu,
dalam tenang aku merindu
dalam diam aku merayu,
aku sebagai temanmu,
syukurku sepanjang bulan,
lapar dahaga ku tahankan
tiap amalan dilipat gandakan,
menantimu penuh bahagia,
mengulitmu dengan cinta,
di dalammu penuh barkah
Sayangku...
bantulah kuatkan hatiku,
baguskan akhlakku,
untuk senang melepasi sirat
ringankan bebanan orang,
Allah mudahkan pemeriksaan,
menutup keaiban orang,
Allah sudi memandang sayang,
menghubungkan silatulrahimnya
tetap kita di dalam rahmatNya...
Sayang...
solat lima waktu,
mendapat 70 ganjaran buatmu,
memperbanyakkan selawat,
memberatkan timbangan.
membaca satu ayat al Qur'an,
seolah mengkhatam Qur'an,
pintu syurga dibukakan,
pintu neraka dirapatkan.
syaitan-syaitan dibelenggu,
doakan agar ia tidak menguasaimu.
Wahai Allah,
yang Maha Pengasih lagi Penyayang,
Tuhan yang memegang nyawa kita
Tuhan yang mempunyai ghazanah cinta,
kurniakan kami kekuatan dan kesungguhan
untuk menghidupkan malam2 ramadhan.
titipkan kami keseronokan dan kenikmatan,
dalam kusyuk,
rukuq dan sujud seharian...
Engkaulah Tuhan Maha menganugerahkan.
kekalkanlah kami dalam kasih dan sayang.
amin...ya rabbal alamin.
JIKA MASALAH MENGETUK...
wahai sayang...
Wahai sayangku…
jika masalah menjenguk,
jika masalah mengetuk,
persilakanlah ia duduk,
sayang ...kenali masalah,
sayang....terima masalah,
sayang....hadapi masalah,
sayang...redhai masalah.
sayang....syukuri masalah.
Ingat sayangku...
masalah akan datang,
walau tanpa kita undang,
masalah tiada penyelesaian
jika kita memendam,
masalah akan pergi,
jika kita tabah menghadapi.
masalah akan hilang,
jika kita tak mempedulikan.
Sesungguhnya...
semua insan punya masalah,
masalah asam garam kehidupan,
masalah pahit manis kebahagiaan,
masalah cantik buruk perlakuan,
masalah tinggi rendah keinginan,
masalah hasad dengki insan,
masalah sihat sakit kesihatan,
masalah alpa dan hilang ingatan,
Sayangku...
masalah bukan masalah,
Jika kita pandai mengolahnya,
masalah akan terlerai kusutnya,
jika kita bersama cari puncanya,
masalah menjadi cantik saja,
jika kita meredhai kehadirannya,
masalah akan menjadi lumrah,
Jika kita pasrah menikmatinya.
Wahai Allah...
aku bermohon padaMu,
Tuhanku yang Maha tahu,
hilangkan semua masalahku
yang bersarang dalam kehidupan,
permudahkanlah semua urusan.
Murahkanlah rezeki, tabahkan hati,
hilangkan penyakit,
berilah kesembuhan,
Allah sebaik-baik pemberi penyelesaian.
Amin ya rabbal alamin..
MUTIARA YASSIN..
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...wassalam...
SIFAT SEORANG MUKMIN....
indahnya jika hati seorang mukmin..Antara lain seorang mukmin harus:-
dia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri,
- dia menjalinkan tali persaudaraan,
- dia memuliakan tetamunya dengan mengucapkan kata-kata yang baik atau berdiam,
- dia harus berpaling dari orang-orang yang jahil,- dia menjalinkan tali silatulrahim kepada orang yang memutuskannya,
- dia harus memberi kepada orang yang tidak memberi kepadanya,- dia harus memaafkan kepada orang yang menganiayainya,
- tidak boleh baginya menyakiti tetangganya,
- tidak boleh baginya menakutkan sesama mukmin,
- tidak membuat aniaya kepadanya, tidak menghinanya.
- tidak merendahkannya, tidak membuka rahsia saudaranya,
- tidak melakukan perbuatan keji, tidak melaknatnya,
- tidak menghasut dan tidak membicarakan aib orang lain.
cantiknya jika hatimu seorang mukmin....indahnya hidup sebagai mukmin,rindunya kasih seorang mukmin,sayangnya hamba seorang mukmin,dalam rindu kasih cinta seorang mukmin.insyaAllah....
bermula dengan salam ...berkhatamkan salam.salam penyeri ungkapan...doa kudus buat teman.sejahtera dan bahagia selalu..doaku dari jauh buatmu...sayangku.amin
sept 22 2006

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment