Tika aku di sini
Bisikan ombak..
Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…
Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..
Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…
Bisikan rasa..
Bila hati menyentuh rasa yang sama,
jiwa melahirkan perasaan yang indah..
Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza..
Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu..
Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca
walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…
Bisikan perindu...
Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.
Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...
Monday, March 12, 2007
Usahlah begitu mudah menyerah kalah. Kecekalan dan semangat yang menebal itu penting. Beranilah berpijak dan bertapak. Berdirilah dengan berani dan cekal. Jangan sesekali menyerah pada keadaan. Pandai-pandai lah bertindak mengikut kewarasan fikiran. Teruskan cekal, tabah dan kuat. Atau mahukah kau terumbang – ambing membawa sarat rindu selama-lamanya?
Ketika musim dingin datang menutup pintu rumahmu dan segala kesedihan mengepungmu dari segenap penjuru, maka tunggulah datang musim semi, dan bukalah lebar-lebar jendelamu agar angin sepoi-sepoi masuk membawa udara yang jernih dan segar.
Lihatlah kearah sana , kamu pasti akan melihat sekawanan burung yang kembali berkicau dengan merdunya. Kau akan melihat matahari menyebarkan sinarnya yang keemasan di sela-sela dahan pepohonan. Semua itu akan memberikan kau kehidupan yang baru, dan hati yang baru.
Janganlah engkau pergi ke tengah padang pasir untuk mencari pohon yang indah, sebab di padang pasir engkau tidak akan menemukan apa-apa selain kesunyian dan keheningan.
Lihatlah pohon-pohon yang jumlahnya beratus-ratus. Ia menaungi kamu dengan bayangannya, membahagiakan kamu dengan buah-buahannya dan memberikan semangat kepada kamu dengan nyanyiannya. Tidakkah engkau melihat maupun mendengar?
Jangan engkau mengingat hari kelmarin dan apa yang merugikanmu dari hari itu. Kerana, sesungguhnya umur itu bila telah gugur salah satu daunnya, maka ia tidak akan pernah kembali lagi. Namun setiap musim semi, daun-daun yang baru akan tumbuh. Maka, lihatlah daun-daun yang menutupi wajah langit itu dan biarkan daun yang gugur itu ke bumi, kerana ia telah menjadi sebahagian dari bumi.
Apabila hari kelmarin telah beranjak meninggalkan kamu, maka di hadapan kamu ada hari ini. Apabila hari ini akan menghimpun daun-daunnya kemudian membawa pergi berlalu, maka kamu masih memiliki hari esok. Jangan biarkan diri kamu bersedih kerana hari kelmarin, sebab ia tidak akan kembali. Janganlah pula kamu menyesali hari ini, kerana ia pasti akan pergi juga TETAPI impikanlah mentari yang bersinar terang di hari esok yang indah.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment