Tika aku di sini

Tika aku di sini
Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melagu pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…

Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..

Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…

Bisikan rasa..

Bila hati menyentuh rasa yang sama, jiwa melahirkan perasaan yang indah.. Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza.. Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu.. Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka.. tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...

Monday, March 12, 2007

Letakkan cintaku dalam hatimu…
Hanya dengan itu dapat kau selam
Luka hatiku yang parah….


Dalam cahaya pagi yang masih diselubungi kesamaran kerana mentari dalam perjalanan. Serta-merta hati ini rindu kepada seorang insan datang bertandang, tanpa memberi salam. Dan rasa itu menusuk ke tangkai hati…. Debaran dan kedamaian bersatu hingga diri ini gagal mentafsir jenis apakah perasaan ini. Kadang-kadang aku ingin bebas daripada perasaan begitu namun kadang-kadang aku senang berperasaan begitu.

Mengapa aku tidak dapat melupakanmu? antara perjalanan suci merangkap waktu, sering membuat aku rindu…. Bukannya aku tewas dalam perjuangan dan terus membelai impian. Baru sebentar tadi aku melihat sinar matamu. Meronai garis-garis kesetiaan yang semakin kelam dan amat panjang. Bagaimana aku hendak melupakanmu. Dalam keheningan pagi sering bertemu dan untuk esok, doaku biarlah ia berlalu. Dalam kenangan yang begitu payah untuk aku melupakanmu dan mungkin untuk selamanya. Maka, jadilah aku seorang pengingat yang setia. Setelah aku tahu aku hanya serangga di taman belantara.


Kalaulah kau bertanya pada diri ini….(tetapi akan bertanya kah kau…?) Ya! perasaan ini tak berubah….dan tidak pernah berubah…. Masih seperti dulu dan aku tak mahu dia padam. Biarlah ia terus hidup bersama jasad ini. Biarlah…. Kalau tu yang Allah mahukan. Kalaulah perasaan tu seperti burung sekalipun, kita masih boleh menghalaunya untuk pergi jauh-jauh. Tapi perasaan ialah sesuatu yang lain…. Yang hidup tapi tak tahu mengapa hidup, tapi tak tahu dimana…. Bukankah ianya cukup susah untuk diterangkan?

Biarpun sedihnya tidak dapat dijelaskan, tidak dapat digambarkan…. Tetap mendoakan kesejahteraan mu walau dimana bumi kau berpijak. Ah! alangkah indahnya ciptaan Ilahi pada hati yang sekeping ini bukan…? Masih mampu mendoakan kesejahteraan insan yang tersayang meskipun jika dilihat hati ku sendiri… hancur berkeping-keping…

Kadang-kadang kita sendiri tak mahu lakukan kesilapan atau sesuatu yang tak baik pada orang lain. Tapi kerana kita ni manusia, kita lewat sedar kesilapan itu. Sama ada masih ada harapan atau tak, semua tu kehendak Allah juga. Ya Allah Ampunilah hambaMu ini kerana tak kuat untuk menahan kerinduan ini.

Ya Allah! Sebesar gunung kasihku pada dia, dia tetap pergi juga. Maka lenyapkanlah perasaan itu kiranya ia mampu membawa diriku ke lembah kederhakaan dan keingkaran terhadap takdirMu. Lenyapkanlah ia…. Supaya yang ada di dalam hatiku hanya kasihMu. Hanya cinta padaMu dan seluruh tumpuanku biarlah hanya padaMu yang termanis untuk kucintai.

No comments: