Tika aku di sini
Bisikan ombak..
Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…
Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..
Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…
Bisikan rasa..
Bila hati menyentuh rasa yang sama,
jiwa melahirkan perasaan yang indah..
Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza..
Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu..
Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca
walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…
Bisikan perindu...
Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.
Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...
Tuesday, March 13, 2007
assalamulaikum wbt..
awakkkkkkkkk....apa khabar...?sihat ka...?harapnya gitulah.sy biasa je.
wsm
terima kasih kerana awak masih ingat kat saya kawan lama awak
ingatkan dah ada yg baru
awak dah lupa kat kita
hp dah hilang lagi ke
xjwb msg i
atau.....
hehehehe...awak bukan hp hilang lagi...tapi kali ni jemari yang hilang...mlm tadi ngantuk sangat..tak boleh nak buka mata.siang seharian meeting.ingat pagi ni nak bls msg awak..hp buat hal lagi.ke cellcom buat hal.tak boleh sent msg.apapun saya harap awak sihat.camana keje ok?
ndec 7 2006

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment