Bisikan ombak..
Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…
Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..
Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…
Bisikan rasa..
Bila hati menyentuh rasa yang sama,
jiwa melahirkan perasaan yang indah..
Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza..
Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu..
Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca
walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…
Bisikan perindu...
Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.
Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...
Hi!,
Coretan awak ada tempias kena pada diri saya diketika ini. Di kala ini sejak 3 minggu yang lepas memang saya rasakan seperti coretan awak. Di mana saya tidak tahu bahawa saya nie masih diperlukan lagi oleh yang tersayang atau tidak.. tapi yang hairannya sidia tak nak berbual mengenai soal perasaan, wanita memang suka berbincang soalan perasaan, adakah ia keterlaluan pada pandangan lelaki.
Maaf saya tak pandai bermadah, oleh itu mungkin tulisan saya ini agak terus. Alangkah baiknya jika sidia mempunyai perasaan seperti yang di coretkan oleh awak. Mungkin sidia memang tidak mahu lagi bersama... mmhhh.. ntahlah.. saya tahu saya bukanlah seorang wanita/isteri yang baik, tetapi tegurlah...
Kini apa yang perlu saya lakukan hanyalah menunggu keputusan darinya.... RINDU..RINDU... tapi apakan daya, ku tanggung kerinduan didalam hati...
Terima kasih dengan hasil nukilan awak, memang persaan saya begitu.
Sleeping Beauty julai 27 2006
No comments:
Post a Comment