Tika aku di sini
Bisikan ombak..
Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…
Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..
Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…
Bisikan rasa..
Bila hati menyentuh rasa yang sama,
jiwa melahirkan perasaan yang indah..
Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza..
Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu..
Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca
walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…
Bisikan perindu...
Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.
Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...
Friday, March 16, 2007
Biarpun ada yang mengatakan; keluhan itu teman para fatalis tetapi dia juga tahu, setiap makhluk mempunyai cara melunasi harga yang dituntut batini. Janji, cara itu tidak melanggar hukum. Dan, dia menganggap mengeluh itu masih tidak bertentangan hukum lantaran dia selalu ingat, dia mengeluh bukan sampai lupa fitrahnya sebagai manusia. Mengeluh tidak membuatkan dia putus asa.
Ingatlah...kalau pun awan mendung berarak sudikanlah beri laluan sementara, buat mentari menyinar mengeringkan titis- titis kerinduan yang turun selepas hujan menjauhkan kegelapan di segenap sudut-sudut hati yang suram.
Biarpun...nanti siang berganti malam namun sesungguhnya, ketahuilah olehmu hadirnya aku di halaman ini bertapak dan diamnya seketika menghala ke destinasi kenangan lalu. Tiada insan lain yang wujud kecuali wajahmu jua di hatiku.
Ya..di celah nikmat dunia ini..
dalam meneliti bebunga keinsafan..
barang siapa yang memperbaiki batinnya
maka Allah akan memperbaiki lahirnya,
barang siapa Allah tujuannya,
maka dunia akan melayaninya,
sesungguhnya janji Allah benar belaka...
Ya allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-mu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-mu.
Ya allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-mu.
Selawat dan salam ke atas Rusulullah junjungan yang mulia serta keluarga baginda berserta sahabat-sahabat...para tabiin..dan solihin...semuanya ..selamanya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, nescaya cinta allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam..
sayang...cantik kata2 cam biasa tengok dan baca ja..
"Biarpun...nanti siang berganti malam namun sesungguhnya, ketahuilah olehmu hadirnya aku di halaman ini bertapak dan diamnya seketika menghala ke destinasi kenangan lalu. Tiada insan lain yang wujud kecuali wajahmu jua di hatiku."
apa-apa pun syukur aja jika nur iman sentiasa di hati..hidup kan selalu berseri...
salam dari kejauhan sayang...
kasih2u
Post a Comment