Tika aku di sini

Tika aku di sini
Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melagu pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…

Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..

Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…

Bisikan rasa..

Bila hati menyentuh rasa yang sama, jiwa melahirkan perasaan yang indah.. Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza.. Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu.. Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka.. tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...

Monday, March 12, 2007

Keindahan dunia ini
tidaklah kekal bagi pemiliknya
dan kesulitan yang ada padanya
bukanlah merupakan harga mati.
Masing-masing dari keduanya
mempunyai masanya sendiri
yang pasti akan berlaku
dan semua yang kualami
terasa seperti mimpi di siang hari.



Di kanan duri di kiri cinta. Sepatutnya yang kanan menjadi pilihan. Sayangnya semua itu ialah duri. Dan di kiri walaupun adalah cinta, tetap terpisah juga. Bolehkah diri ini hidup tanpa kiri atau kanan? Bolehkah diri ini hidup tanpa perlu membuat pilihan? Berjuang menentang perasaan sendiri bukannya semudah yang dikata. Tidak sesenang yang disangka. Memikirkan betapa manusia tidak mempunyai walau sekelumit kudrat untuk menentang kehendak Allah, dan aku harus berjuang menentang segala rasa.

Cinta akan lebih mulia kalau tidak bersama. Ia akan terpelihara dan murni sampai bila-bila. Lumrah cinta, apabila bersama ianya akan dikotori dengan perbalahan, prasangka, permusuhan dan jemu. Mungkin Allah mahu menjadikan cinta ini terpelihara dan suci sampai bila-bila.

Masa demi masa kulalui. Tempat demi tempat aku lewati. Kini aku terasa betapa sakitnya mencintai dan mengasihi sesama manusia. Ada kalanya caraku tidak kena di mata mereka dan ada kalanya cara mereka melukakan hatiku. Tiada sudahnya semua itu. Betapa selama ini aku terlalu menderita kerana perasaan dan kekesalan perbuatanku sendiri dan ada juga kerana perasaan dan perbuatan orang lain. Begitulah kehidupan. Kini aku mohon daripadaMu Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang, cintailah diriku?. Hidupkanlah cintaku terhadapMu.

Tetapi sebagai manusia beriman, tumpuan hidup bukan hanya pada apa yang kita cita-citakan, kerana ia tidak akan habis. Kehendak dan keinginan manusia tidak pernah habis sehinggalah dia menemui kematian. Hidup dalam kesedihan tidak akan memberikan apa-apa makna. aku telah merasakannya dan membuatkan hidup ini seperti kosong. Juga membuatkan diri ini tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Segala yang dahulu dirasakan manis mudah sahaja lenyap.

Tak ada satu pun di dunia ni yang dibina oleh manusia akan kekal. Sekalipun ia dibina dengan tangan yang kuat, sekalipun ia dibina dengan akal yang bijak dan sekalipun dengan hati yang ikhlas. Semuanya akan musnah sama ada cepat atau lambat, sama ada baru atau lama, sama ada dengan rela atau paksa.
Begitulah hati kita. Kalaulah hari ini aku diberi pilihan untuk memadamkan perasaan yang tak aku bina ini, akan aku katakan aku tak ada pilihan lain selain membiarkan saja ia menguasai rinduku sepertinya angin menguasai gunung?.. sepertinya air menguasai laut. Sekalipun aku diberikan sesuatu yang lebih baik dan bahagia?. Aku tetap takkan pilih untuk lari daripada perasaan ini.

Apabila kamu meminta, mintalah pada Allah, dan apabila minta tolong, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, bahawa andaikata semua manusia bekerjasama untuk memberi suatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah untukmu.

Air mata boleh berlinang dan hati boleh bersedih, tetapi kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata, kecuali yang diredhai oleh Tuhan kita.

No comments: