Tika aku di sini

Tika aku di sini
Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melagu pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…

Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..

Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…

Bisikan rasa..

Bila hati menyentuh rasa yang sama, jiwa melahirkan perasaan yang indah.. Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza.. Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu.. Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka.. tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...

Monday, March 12, 2007

Surat untuk Bulan

Assalamualikum....

Maaf kalau email saya mengganggu awak, tapi saya cukup terharu dengan email-email awak akhir-akhir ini. Terasa air mata saya bergenang membacanya. Saya juga jadi insaf dengan takdir Tuhan. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan.


Saya akui, dulu saya berasa jengkel membaca email-email awak kerana bagi saya awak hanya bermain dengan kenangan awak tapi saya sedari kini....."dia" terlalu istemewa dalam hidup awak.

Saya bangga kerana awak cuba bangun dari kekecewaan awak. Harap awak akan terus tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Terkadang tu betul jugak kan orang cakap, kita takkan merasai sesuatu jika kita tak mengalaminya....

Terima kasih dengan coretan-coretan awak kerana membawa saya mengenali satu lagi kerenah manusia dan mengajar saya menjadi lagi bersyukur. Kalau dulu saya rasa, saya sudah cukup susah, tapi ada lagi orang yang lebih kecewa dari saya.

Terima Kasih dan wassalam.

Iena july 31 2006

No comments: