Tika aku di sini

Tika aku di sini
Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melagu pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…

Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..

Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…

Bisikan rasa..

Bila hati menyentuh rasa yang sama, jiwa melahirkan perasaan yang indah.. Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza.. Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu.. Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka.. tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...

Tuesday, March 20, 2007

Tenanglah,segala sesuatu berjalan dengan ketentuan dan takdir

Tiada suatu kegembiraan pun yang engkau rasakan
bersifat kekal dan tiada gunanya bersedih hati
kerana ia tidak akan mengembalikan
orang yang tiada kepadamu

Sebahagian dari apa yang dikatakan Dale Carnegie, sebagai ganti dari iman terhadap qadha dan qadar adalah, bahawa seseorang sepatutnya berkata kepada orang-orang yang ditimpa musibah agar menghimpun semua tenaganya untuk menghadapi segala bencana, sebagaimana sikap sekumpulan kerbau dan batang kurma bila terluka. Kaedah yang disarankan oleh Dale Carnegie dapat dimaafkan apabila mengingatkan dia belum mengenal cara perubatan yang ada pada kita.

Suatu hari aku bersikap menolak untuk menerima urusan yang seharusnya aku hadapi. Aku merasa sangat bodoh. Akhirnya aku pun memberontak, membantah, marah dan mengubah malam-malam hariku menjadi sengsara yang membuatku susah tidur. Setelah mengalami penyeksaan psikologi, akhirnya aku menuruti kemahuan yang pasti itu, yang sejak awal aku tahu bahawa hal itu tidak boleh berubah. Kemudian aku mengingat apa yang telah dikatakan oleh seorang penyair:

Alangkah indahnya bila kuhadapi
kegelapan, hujan, kelaparan,
segala macam musibah,
kedukaan, cacian dan teguran
sebagaimana yang dihadapi oleh haiwan
dan sebagaimana yang dihadapi
oleh batang-batang pohon

Sesungguhnya aku pernah menghabiskan dua belas tahun umurku bersama haiwan ternakan. Aku tidak melihat seekor lembu betina yang kesusahan atau bersedih kerana padang rumput terbakar atau kering kerana sedikit hujan. Aku juga tidak pernah melihat ada sapi betina yang bersedih kerana ditinggalkan oleh sapi jantannya yang merayu sapi betina yang lain. Sesungguhnya haiwan menghadapi kegelapan, bencana, angin taufan dan kelaparan dengan tenang dan sabar. Oleh kerana itulah, jarang haiwan yang mengalami tekanan mental atau menderita pelbagai penyakit.

Aku..?sedihkah aku ditinggalkan...?
kompang dihati berpalu sendiri...

No comments: