Tika aku di sini

Tika aku di sini
Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melagu pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…

Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..

Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…

Bisikan rasa..

Bila hati menyentuh rasa yang sama, jiwa melahirkan perasaan yang indah.. Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza.. Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu.. Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka.. tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...

Monday, March 12, 2007

Salam Bahagia Selalu...

SALAM KASIH SAYANG

assalamualaikum wbt..

salam pembuka bicara,
salam mengharap sejahtera,
salam kasih sayang hamba,
salam kasih rindu tak terkira.
semoga sayang dalam bahagia.

Apa khabar sayang..
mengapa sunyi tanpa perkhabaran?
adakah saya melakukan kesalahan???
maaf kalau sekiranya terkasar bahasa,
melakukan perbuatan tanpa disedarinya,
mengguris melukakan hati sahabatnya.

entahlah...
tertanya-tanya saya selalu,
mengapa tiba-tiba mr lonely gitu,
sayang...tidak seperti selalu,
bayu tak bertiup awanan kaku,
sedih pilu menyelimuti seluruh hidupku.

sayang...
usah merajuk atau ragu bimbang..
insyaAllah saya akur dengan ketentuan,
apa2 saja yang baik untuk sayang..
sy akan terima dengan hati yang lapang.
semuanya untuk kebaikan dan kebahagiaan.

sayang...
usah kita bermusuhan..
usah kita benci bencian..
tiada yang lebih indah persahabatan,
dibaluti kemesraan dan keikhlasan,
tercipta sebungkus ukhwah kerana Allah.

sayang...
saya tidak prasangka apa-apa,
sememangnya saya kenal hati luhurmu,
sayang..bersahabat ikhlas dan tulus,
berpegang janji dan kotakan janjinya,

sayang dan rindu sentiasa di hatimu

Wahai Allah...
syukurku dengan kehadirannya,
kurniakan keikhlasan tiap amalannya redhai,
ampuni dan rahmatilah dia
kekalkan nikmat syurgaMu padanya
Engkaulah pengurnia segalanya...

amin..wassalam.

No comments: