Tika aku di sini

Tika aku di sini
Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melagu pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…

Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..

Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…

Bisikan rasa..

Bila hati menyentuh rasa yang sama, jiwa melahirkan perasaan yang indah.. Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza.. Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu.. Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka.. tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...

Monday, March 12, 2007

Oh bulan, khabarkan pada dia aku berkirim rindu.
Dan, bulan..... Senyumlah pada dia kerana senyumku
tidak secerah sinarmu.



WALAUPUN telah banyak yang kulalui, telah banyak yang kupelajari daripada kehidupan ini, namun itu tidak bererti kehidupanku selepas ini akan sunyi daripada sebarang kesilapan. Semuanya akan terus berjalan seperti biasa. Cuma yang berbeza ialah segala yang telah kujalani dan lalui itu seharusnya menjadikan diriku lebih dewasa. Sama ada ujian itu datang dalam bentuk bahagia ataupun derita, seharusnya kematangan atas pengalaman itu menjadi panduan kepada jalan yang terang.

Cinta datang dan pergi! Cinta membahagiakan dan menyakiti. Cinta mengajar dan menginsafi. Cinta melalaikan dan nafsu nafsi. Cinta membina dan menghancuri. Cinta tetap datang dan pergi!

Cinta datang dan pergi. Cinta menyelubungi dan mewarnai. Cinta memusnahkan dan menggelapi. Cinta membentuk dan membatasi. Cinta mengetuk dan menggoyahkan pintu hati. Cinta tetap datang dan pergi!

Cinta.... datang dan perginya.... suka dan dukanya.... telah membentuk satu daftar yang panjang dalam jurnal perjalanan hidupku. Aku meraba pipiku dan daku menasihati diriku untuk kesekian kalinya.

Wahai diri! kamu telah dianugerahi. Dirimu juga telah diuji. Maka segala yang datang dan pergi itu meskipun boleh kau tangisi tetapi hidup ini tidak akan terhenti pada detik hati kita kecewa meratapi. Hidup ini tidak akan terhenti hanya kerana kita kehilangan yang disayangi. Maka telanilah semuanya dengan rela hati. Pasti kau akan merasai betapa di sebalik semua itu, terselit kasih dan rahmat Ilahi. Hanya engkau yang perlu mensyukuri...... barulah kau mampu merasai.

Aku telah banyak terdidik dengan kehilangan. Menangisi kehilangan orang yang aku sayang. Namun alhamdulillah, kerana semua itu telah mempu mendidik rohaniku untuk mengawal batas cinta antara sesama manusia. Mengasihi ayah ibu, saudara mara, sahabat handai.... semuanya harus mempunyai batasan agar tidak melebihi cinta kepada Allah dan agama.

Kehilangan semua dalam hidup ini merupakan suatu ujian praktikal kepadaku bahwa tiada yang abadi satu pun di dunia ini sama ada yang kita sayangi ataupun yang menyayangi kita. Semuanya akan pergi. Kerana lazimnya kehidupan akan berkahir dengan kematian. Pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Setiap permulaan pasti ada akhirnya.

Hanya satu yang tinggal untukku.... yang masih lagi belum berakhir......

Masih ku merasa angkuh
Terbang kenanganku jauh
Langit kan menangkapku
Walau kan terjatuh

Dan bila semua tercipta
Hanya untukku merasakan
Semua yang tercipta
Hampa hidup terasa

Lelah tatapku mencari
Arti untukku membagi
Menemani langkahku
Namun tak berarti

Dan bila semua tercipta
Tanpa harus ku merasakan
Cinta yang tersisa
Hampa hidup terasa
Bagai bintang di surga
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata

Oh bintang di surga
Berikan cerita
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata



Dia tidak indah di matamu.
Dia tidak menggetarkan batinmu.
Tetapi dia ada di hati kecilmu....













No comments: