Tika aku di sini

Tika aku di sini
Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melagu pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…

Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..

Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…

Bisikan rasa..

Bila hati menyentuh rasa yang sama, jiwa melahirkan perasaan yang indah.. Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza.. Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu.. Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka.. tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…

Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.

Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...

Monday, March 12, 2007

Salam Hamba

Assalamualaikum...hai kenapa...kenapa cek menyepi sunyi..tak da angin tak dak ribut..kenapa tiba-tiba jadi begitu.apakah letih berpaut...tak perlu tongkat berpegang lagi..
sudah kuat...seorang diri..???saya ada saya tidak ke mana2..mengapa harus mengasing diri.atau saya saja yang perasan...jadi tongkat awak...hehehe.atau saya saja yang perasan...jadi pembantu awak..hehehe


sayang...tak apa la...kau boleh berjalan sendiri...kuatkan semangat..jalan lah perlahan-lahan jangan berlari...saya sentiasa ada...dan akan memerhati...kalau jatuh datanglah kepada saya, saya sudi mengubati..luka2mu itu lukaku jua..... aku juga tersiksa..saya ni doktor la...doktor ruhi....hehehe
ku tulis bicara ini untuk awak..bacalah...bacalah dengan hati yang lapang.


Kalam redha..hamba

Assalamualaikum..Sayang...tika subuh berbisik, "ke mana sahabatku fajar? Lalu Fajar berkata saya ada..saya tidak ke mana-mana, sentiasa mengingati fitrah kejadian saya dan akan mendatangi mu lagi di esuk harinya....sabarlah sayang." Senyum semula subuh dengan hati yang lapang.

Sayang...tika mentari hadir bertanya, " ke mana perginya bening subuh, selembut sutera kasih, membelai dan menyisip rindu di jiwa. Mengajak insan rukuq dan sujud tanda syukur bermunajad kepada Penciptanya. Meninggalkan tidur yang asyik di kala paginya...berbahagialah siapa-siapa yang berjemaah subuh di surau atau masjidnya. Sesungguhnya akan di rahmati Allah ibunya sepanjang harinya". lalu subuh berkata, "Aku ada, aku sentiasa akan datang selepas fajar mengikut ketentuan fitrah Allah Taala. Kehadiran ku menandakan siangkan bermula...sinar baru bagi seluruh alam maya. Aku tidak lupa....sayangku aku ingat semua".

Sayang...tika dhuha menyapa," Sayang aku datang, aku ada. Aku ada kerana kau pun ada, aku ada untuk kamu ingat itu..... Hadirnya aku di sini seiring fitrah Ilahi untuk mengajakmu bersujud. Memohon rezeki. Rezeki limpahan Allah yang Maha pengasih...Sayang usah gusar atau sedih, di mana saja rezekimu telah tertulis dan telah sedia diberi. Cuma kau perlu berusaha untuk mendapatkannya saja, usah bersusah hati..."

Wahai Allah, sesungguhnya semua keindahan, kekuasaan, kelebihan, kebaikan adalah milikMu, jika ada rezeki kami di langit Kau turunkanlah, jika rezeki kami di perut bumi Kau keluarkanlah, jika payah Kau permudahkanlah, jika haram kau bersihkanlah dan jika jauh Kau dekatkanlah..Senyum dhuha bersama linangan airmataku...menyapu dhuha airmataku yang mengalir itu...aku berserah padaMu wahai Allah Tuhanku...Kau jauhkan kusut hatiku..Kau lapangkanlah dadaku....amin.

Sayang..tika tengahari hadir lalu bertanya," Sayang..sabarkah kau dengan bahang terikku di atas kepala. Putaran mentari begitu usah dipertikai...kerana peredarannya seiring dengan putaran masa. Jika tiada panas kita tidak pernah akan merasa betapa nyamannya udara dan nikmat sejuk yang dikurnia. Sayang..usah marah pada terik itu kerana ia jua berhikmah. Kehadirannya jua telah tersurat sudah. Berlapang dadalah walau ia amat menyiksa...." ya..aku tidak apa-apa. Aku jalani hari ini dengan tenang kerana aku telah biasa dengan hari-hari ku yang pelbagai cuaca. Cuma aku harap dikau akan sihat sejahtera..walau dalam apa saja keadaan tiupan bayu dan cuaca yang melanda alamnya...hehehe.

Sayang...tika sore singgah lalu bertanya pula," Sayang..mengapa desiran bayu tidak seperti selalu. Mendung berkabus. Pepohonan kaku tak berombak, bayu seolah terkaku...hehehe. Ait kenapa..apa sudah jadi dengan semua makhluk Allah. Sudah lupa pada janjinya, dan alam. Lupakah dikau pada mereka???. Apakah telah letih semuanya. Atau mata hati telah tertutup untuk melihat cahaya. Silaukah cahaya sehingga tidak boleh membuka mata. hehehe....

Kelihatan awanan membawa diri sarat di angkasa. Berarak dan berarak megah. Sebentar lagi hujan menyimbahi alam lagi.Alam gembira meski tanah semua basah. Kedinginan beburung menghindar diri ke dalam sarang...Hanya terdengar desiran air mencurah-curah...Sayang hujan tak lama, kan berhenti jua. Rahmat Allah melimpah kepada segenap makhlukNya. Terimalah...terimalah arus hikmah dan alir kehidupan kita. Alahamdulillah....

Sayang...berarak awanan mentari kembali ke lubang. Mega jingga senyum megah. Hadirnya senja sentiasa di duga. Alam tidak pernah membantah...senja adalah jua fitrah meyambut malam yang telah diambangnya...hehehe. Oh sayang...malam jua tidak buruk yang kita sangka. Malam yang gelap tetapi sentiasa berhikmah punya rahsia kasih sayang alamnya. Dalam malam ada hamba bermunajad mencuci dosa, bermunajad dikhabulkan segala pinta. Ada hamba mengalirkan airmata pasrah. Ada hamba bersujud menyerah diri kepada Pencipta. Ada jua hamba yang tidak pernah lelap mata. Malam jua teman kita. Tanpa malam tiadalah siang...tanpa siang tidak mungkin hadir malam..semuanya adalah untuk kebaikan insan. ya...alhamdulillah...

Sayang..tika keberadaan ku di sini. Suluhan nur hatiku sesuci peribadi...alhamdulillah aku tidak menyesali. Semuanya berhikmah, semuanya indah, semua baik belaka, semua cantik di lukisan potret kehidupan kita. Cantik wajah redha..jika kita hayatinya. Indah jua laut pabila bergelora. Berhikmah jua bumi ditimpa hujannya. Bergoyang pepohonan jua ada baiknya. Desiran bayu berpuput lembut atau derasnya jua adalah mengikut arahan. Berguguran daun kita tidak pernah marah..kerana semua kejadian adalah ketetapan dan ketentuan Allah telah tersurat dan tersirat rahsianya. MasyaAllah....alhamdulillah!!

Moga hati kita semua tenang dalam menempuh hari-hari kita. Agar semuanya dalam petunjuk dan rahmat Allah jua..kita berbaik sangka aja ya sayang...dan tetaplah kita menjadi sahabat selamanya...sesungguhnya Allah memandang kita di sudut hati yang baik dan takwa kepadaNya. saling doa mendoa itulah yang terbaik buat kita. amin.ya rabbal alamin.salam dari kejauhan...sayang dari hamba..

ruhi'06 kalam redha.

No comments: