Tika aku di sini
Bisikan ombak..
Pada nyanyian ombak malam yang memukul pantaiku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan....dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman…
Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku…ada budi ada ingin ada sudi berbicaralah kita..
Walaupun pada nada dan irama yang berbeza..Sukarnya meramal perasaan ku sendiri…zahirku tidak terucap..Demi masa berjalan gagah…ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…
Bisikan rasa..
Bila hati menyentuh rasa yang sama,
jiwa melahirkan perasaan yang indah..
Bila kata mengusik minda akal mengujudkan reaksi berbeza..
Hati, jiwa, akal dan minda bersimpul mati menjadi satu..
Carilah sebutir permata dalam timbunan kaca
walaupun dijarimu terluka..
tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…
Bisikan perindu...
Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, kutaruh di pura waktu, bermusim ku simpan resah. Biar waktu dan pasir itu berserakan. Biarkan cahaya itu memancar menyala pada suram alam maya.
Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini... Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua...
Tuesday, March 13, 2007
Untuk Mu……
CINTA itu aneh, indah dan manis. Cinta juga membuat hidup penuh bermakna. Memberi kebebasan-
Kadang-kadang ingin dilaungkan agar cinta terus kekal selama-lamanya, namun air mata selalu menukarkan kegembiraan dan kebahagiaan tetapi menakjubkan, kerana cinta adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan mustahil dapat dilihat atau dirasa tapi bila hati telah menyatakan sesuatu cinta,
Aneh tapi dapat digambarkan.
assalamualaikum wbt...
apa kahabar dirimu pagi ni..?maaf abang ke tempat meeting tadi tak dapat nak sent msg.tak de nak marah pape.cuma hp ni buat hal.nak call out tak boleh.sent msg pun tak boleh.entahlah rasanya dia da terkena virus tu.sebab kalau skrin biasa dia akan nampak mcm butterfly 1 hingga 5 seolah ada msg tapi bila kita buka tak de pape msg.geram memang la geram.abang amik masa lunch ni sekejap untuk write msg ni.boss tak ada dalam meeting arini.smalam dia ada.arini dia tak dapat ada boss dari us turun.diaorang sume pegi lunch.amik mkn buah dengan desert je tadi terus masuk semula ke bilik untuk write email ni.
dec 7 2006

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment